Blueberry Cheese Cake


Assalammualaikum.
 Terima kasih melawat blog intan, hari ini intan teringin berkongsi resepi di blog. Dan untuk permulaan intan ingin berjinak-jinak untuk menulis di blog. Jadi hari ini intan akan berkongsikan pada anda resepi istimewa yang intan pernah cuba. Blueberry cheese kek. Kek ini enak bila dimakan sejuk.
Mmmm... rasa macam di awang-awangan gitu...
 Lazat...
Ditambah pula dengan base dari biskut dan topping blueberry filling... Mmm.. serasi 
sedap sangattt...
 Ok, intan taknak borak lama sangat, jom kita mulakan resepi ni.


Bahan base biskut:
 Biskut OREO (dihancurkan)................. 100gm
 Butter cair ........................................... 100gm
*Gaul rata biskut dan butter cair, dan tekan-tekan pada dasar loyang sehingga rata.

Bahan cream cheese:
 Cream cheese (suhu bilik) ................... 250gm
 whipping cream ................................... 70 gm
 Gula Castor .......................................... 40 gm
 Telur great A ........................................ 2 biji
 Esen vanilla .......................................... 1 sudu
 Jus lemon .............................................. 1 sudu

Filling blueberry:
 Blueberry ............................................. 200gm
 Gula castor ........................................... 1 sudu
 Air ........................................................ 2 sudu
 Lemon juice  ........................................ 1 sudu
 Tepung jagung ..................................... 2 sudu
*didihkan diatas api untuk 2min. Jangan terlalu lama, sebab buah akan hancur, cukup sekadar pekat sahaja.



Cara penyediaan;
1. Panaskan oven pada suhu 150c. Bakar base biskut 5min, kemudian sejukkan pada suhu bilik.

2. Pukul cream cheese  dengan gula castor sehingga sebati. Masukkan whipping cream,esen vanilla dan just lemon. Pukul adunan sehingga sebati, masukkan telur satu per satu sehingga sebati.

3.Tuang adunan ke dalam loyang base biskut tadi.

4. Bakar secara bain marie/steam bake(loyang kek diletakkan dalam loyang yang besar, isikan air panas dalam loyang lebih besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut.
Bakar kek 1 jam.

5.Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai. Simpan cheese cake dalam peti sejuk selama 30min. Keluarkan dari loyang, Curahkan filling blueberry di atas kek.

Okk.... cheese cake siap! selamat mencuba.




Ulasan

Catatan Popular