KENAPA KEK MENDAP ???...


Kenapalah kek ini tak naik, puas aku tunggu dia masak. Mendap pulak, mmm...

Ia selalu berlaku pada kita. Kadang kala kek kita akan mendak atau tak naik dibahagian tengah. Kita akan rasa nak nangis,kecewa,atau kita akan rasa nak marahpun ada. Tapi kita tidak boleh membuat Keputusan untuk membuang kek begitu sahaja.

Nak tahu sebab kenapa kek ini tidak naik atau mendap?

1. Dalam penggunaan bahan untuk menjadikan kek naik daripada saiz biasa, ejen seperti sebuk penaik mungkin terlebih banyak digunakan didalam tepung. Ianya penting untuk memastikan semua penggunaan bahan mentah dalam kuantiti yang betul.

2. Jika ketuhar terlalu sejuk, kek akan menjadi separuh masak dan mendak.

3. Bahan atau adunan menjadi terlalu lembap. Ini akan menjadikan bahan terlebih adun yang menggunkan bahan seperti mentega terlalu lembut dan bahan basah terlampau banyak digunakan.

4. Membuka atau menghempas pintu ketuhar semasa membakar juga memainkan peranan. Ini kerana suhu ketuhar tidak akan stabil yang menyebabkan kek mendap.

5. Jika kek kurang masak, terutamanya dibahagian tengah adunan dan kek masih lembap, menyebabkan ianya mendap.



CARA MENYELAMATKAN KEK DARIPADA DIBUANG.


Intan biasanya, akan memilih jalan penyelesaian seperti ini. Jika berlaku kek mendap, jalan penyelesaiannya tutup kek dengan frosting kegemaran sahaja yang bersesuaian dengan rasa kek. Jadi dengan cara ini kita dapat elakkan dan orang tak tahu, apa kesilapan yang kita hadapi.

Alhamdulillah...
Kek memang sedap, bila ditutup dengan lapisan frosting. Kek ini sebenarnya untuk dihidangkan pada majlis keraian. Jadi kek ini intan sediakan atas permintaan daripada peminat kek itu sendiri.



Lihat hasil kek yang di frosting pilihan. Cantik??
Mmmm... Inilah hasil penyamaran yang intan gunakan selama ini. Takda lah kena marah dengan ibu dan ayah, sebab buat kek asik tak jadi. Silap-silap jika kes berlarutan, ketuhar dan mixer pun dah tak boleh sentuh.
Anda pernah alami kes begini? Hihihi...
Jika pernah, kita sama. Cuma elakkan daripada berlarutan. Maklumlah, dah sedap duduk dapur, suka buat kajian. Tapi awas! 
Jangan buat kajian terlampau lama, nanti ada kes tidak dipercayai dan orang akan mengangap kita memang tidak pandai membuat kek.
Betulkan?

Okey, setakat ini sahaja intan kongsikan pengalaman dan cara terbaik untuk mengatasi masaalah sedemikian.

Ulasan

Catatan Popular